Thursday 1 November 2012

Sistem Suria.


Panduan Bacaan.
  • Apakah jasad-jasad dalam Sistem Suria?
  • Apakah planet-planet yang terdapat dalam Sistem Suria?
  • Adakah planet-planet beredar mengelilingi Matahari?

1- Jasad-jasad dalam Sistem Suria ialah:

     a) Matahari
     b) Planet-planet
     c) Satelit-satelit semula jadi
     d) Astreroid
     e) Meteoroid
     f) Komet


Matahari

1. Matahari ialah pusat Sistem Suria.

2. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

3. Matahari ialah satu-satunya bintang dalam Sistem Suria.

4. Matahari mengeluarkan cahaya dan haba kepada planet-planet dan jasad-jasad lain dalam Sistem Suria.

5. Matahari juga ialah jasad terbesar dalam Sistem Suria.


Planet

1. Terdapat Sembilan planet dalam Sistem Suria.

2. Planet-planet itu ialah:

     a) Utarid
     b) Zuhrah
     c) Bumi
     d) Marikh
     e) Musytari
     f) Zuhal
     g) Uranus
     h) Neptun
     i) Pluto

3. Rajah dibawah menunjukkan kedudukan planet-planet daripada Matahari.

 

4. Maklumat tentang planet-planet adalah seperti berikut.








Utarid ialah planet yang paling hampir dengan Matahari. Suhunya tersangat panas dan tidak sesuai untuk hidupan.














Zuhrah ialah planet yang terhampir dengan Bumi. Ia juga merupakan planet yang terpanas dalam Sistem Suria.















Bumi ialah satu-satunya planet yang mempunyai hidupan. Bumi mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai untuk hidupan.
 





Marikh dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi debu merah. Hampir kesemua air adalah beku.









Musytari ialah planet terbesar dalam Sistem Suria.








Zuhal ialah planet kedua terbesar dalam Sistem Suria mempunyai gelang-gelang yang terang di sekelilingnya.









Uranus ialah planet berwarna biru kehijauan, berbeza daripada planet lain, ia berputar pada sisinya semasa mengeliling matahari.








Neptun diliputi lautan biru cecair metana. Neptun ialah planet biru.









Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari. pluto juga adalah planet yang terkecil dan paling sejuk dalam Sistem Suria.












5. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

6. Planet-planet beredar mengikut lintasan tetap yang disebut orbiit.

7. Orbit-orbit planet berbentuk elips(bujur).

8. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza.
     a) Planet yang hampir dengan Matahari mempunyai orbit yang lebih kecil.
     b) Planet-planet yang lebih jauh daripada Matahari mempunyai orbit yang lebih besar.



Meteoroid

1. Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas.

2. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria. Kebanyakan meteoroid adalah kecil.

3. Kadang kala, meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi. Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar. ini dikenali sebagai meteor.

4. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam.

5. Meteor juga dikenal sebagai tahi bintang.

6. Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi.

7. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit.

8. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat meteorit terhempas.

9. Lebih besar meteorit itu maka lebih besar kawah yang terbentuk.








Meteoroid




Meteor








Kawah Meteorit
 
 
 
Komet
 
1. Komet ialah ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.
 
2. Komet tidak mengeluarkan cahaya. Namun, komet akan bersinar dan membentuk ekor yang panjang apabila berada berdekatan Matahari.
 
3. Ukuran ekor komet boleh mencapai sehingga berjuta kilometer panjangnya.
 
4. Contoh komet ialah komet Halley.
 
5. Komet Halley boleh dilihat di Bumi setiap 76 tahun.




 
 

1 comment:

  1. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete