Tuesday 6 November 2012

Fasa Bulan

Panduan Bacaan
  • Mengapakah Bulan kelihatan terang?
  • Dari manakah datangnya cahaya Bulan?
  • Mengapakah Bulan kelihatan berbeza-beza daripada sehari ke sehari?

Cahaya Bulan

1. Apabila kita melihat Bulan dari Bumi, kita dapat melihat cahaya yang dikeluarkan oleh Bulan adalah sangat terang.

2. Sebenarnya, Bulan tidak memancarkan cahaya.

3. Kita dapat melihat Bulan kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari yang menyinari ke Bumi.

4. Bulan kelihatan bercahaya di langit pada waktu malam. Pada waktu siang, Bulan tidak dapat dilihat kerana cahaya Matahari terlalu terang.

 
Fasa Bulan

1. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada semasa ke semasa.

2. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bumi berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

4. Fasa Bulan terdiri daripada
a)anak bulan
b)bulan sabit
c)bulan separa
d)bulan purnama

5. Fasa anak bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang tidak disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.

6. ketika fasa bulan sabit, hanya sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti bulan sabit apabila dilihat dari Bumi.

7. Ketika fasa bulan separa, separuh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti separuh bulatan.

8. Ketika fasa bulan purnama, seluruh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan bulat..

9. Selepas melengkapkan fasa yang pertama, bulan beralih ke fasa bulan separa, bulan sabit lama dan fasa anak bulan baru.

10. Urutan fasa-fasa bulan ini akan berulang secara seragam.

11. Tempoh masa daripada satu fasa ke fasa Bulan yang sama ialah 292 hari.

 
Takwim Qamari

1. Takwim Qamari ialah calendar yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi mengikut fasa-fasa Bulan.

2. Berdasarkan takwim Qamari:
a)anak bulan dapat dilihat pada hari pertama dalam takwim Qamari.
b)bulan sabit dapat dilihat pada hari ke-3 dalam takwim Qamari.
c)bulan separa dapat dilihat pada hari ke-7 dalam takwim Qamari.
d)bulan purnama dapat dilihat pada hari ke-15 dalam takwim Qamari.



 

Kejadian Siang dan Malam

Panduan Bacaan
  • Bagaimanakah kejadian siang dan malam berlaku di Bumi?
  • Adakah tempat yang berbeza di Bumi mempunyai masa yang berbeza?

1. Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.

2. Disebabkan bentuk Bumi yang sfera, hanya sebahagian daripada permukaan Bumi akan menerima cahaya matahari pada satu-satu masa.

3. Bahagian Bumi yang mengahadap Matahari akan menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu siang.

4. Bahagian Bumi yang terlindung pula tidak menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu malam.

5. Oleh kerana Bumi berputar, maka:
a)bahagian Bumi yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam
b)dan bahagian Bumi yang mengalami malam pula akan beransur-ansur menjadi siang.   

6. Tempoh antara siang dengan malam di kawasan khatulistiwa adalah lebih kurang 12 jam.

7. Simulasi berikut dijalankan untuk menunjukkan kejadian siang dan malam dengan jelas.
a)Cahaya lampu suluh menyinari sebuah glob seperti ditunjukkan dia atas.
b)Glob diputarkan perlahan-lahan dari barat ke timur(arah lawan jam). Bahagian gelap dan cerah pada glob diperhatikan.
c)Bahagian glob yang mengahadap lampu suluh kelihatan cerah. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu siang.
d)Bahagian glob yang terlindung daripada cahaya lampu suluh kelihatan gelap. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu malam.

Pergerakan Bumi, Bulan dan Matahari

Panduan Bacaan
  • Bagaimanakah Bumi beredar mengelilingi Matahari?
  • Apakah arah putaran Bumi?
  • Bagaimanakah Bulan beredar mengelilingi Matahari?
  • Apakah perubahan panjang dan kedudukan bayang-bayang pada sepanjang hari?

Pergerakan bumi dan Bulan

1. Bumi sentiasa berputar.

2.Bumi bergerak dengan dua cara:
a)berputar pada paksinya
b)beredar mengelilingi Matahari

3. Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur(arah lawannya)

4. Satu putaran lengkap Bumi mengambil masa selama 24 jam(satu hari)

5. Kita tidak dapat merasai putaran Bumi kerana saiz Bumi ….amat besar.

6. Sambil berputar pada paksinya, Bumi juga beredar mengelilingi Matahari dalam orbitnya.

7. Bumi mengambil masa 3654 hari atau setahun untuk menyempurnakan satu peredaran lengkap mengelilingi Matahari.

8. Bulan ialah satelit semula jadi bagi Bumi.

9. Bulan juga berputar pada paksinya.

10. Sambil berputar pada paksinya, Bulan juga beredar mengelilingi Bumi dari barat ke timur dalam orbitnya.

11. Bulan mengambil masa selama 27⅓ hari untuk menyempurnakan peredaran lengkap mengelilingi Bumi.

12. Bulan dan Bumi beredar mengelilingi Matahari pada …..sama.

13. Simulasi putaran serta peredaran Bumi dan Bulan boleh dilakukan seperti berikut.
a)Satu garisan bujur(orbit) di lukis mengelilingi murid.
b)Murid P memegang sebiji bola sepak(Matahari).
c)Murid Q berjalan di atas garisan yang dilukis mengelilingi murid P mengikut arah lawan jam sambil memegang sebiji bola tenis. Pada masa yang sama bola tenis itu diputarkan mengikut arah lawan jam.
d)Murid R berjalan mengelilingi murid Q mengikut arah lawan jam sambil memegang bola pingpong. Pada masa yang sama, bola pingpong diputar mengikut arah lawan jam.
e)Putaran bola sepak menunjukkan putaran Bumi pada paksinya. Putaran bola pingpong menunjukkan putaran Bulan pada paksinya. Perjalanan murid Q dan R mengelilingi murid P menunjukkan peredarean Bumi dan Bulan mengelilingi Matahari.


Pembentukan Bayang-bayang

1. Kita boleh menyiasat tentang putaran Bumi dengan memerhatikan panjang dan kedudukan bayang-bayang.

2. Oleh kerana Bumi berputar dari barat ke timur, bahagian timur Bumi mendapat cahaya lebih awal daripada bahagian barat Bumi.

3. Hal ini menyebabkan Matahari seolah-olah naik (terbit) dan timur pada waktu pagi, berada di tengah-tengah langit pada waktu tengah hari dan turun (terbenam) ke barat pada waktu senja.

4. Jika satu objek didirikan di suatu tempat lapang, panjang dan kedudukan baying-bayang objek berubah dari barat ke timur.
a)Pada waktu pagi, baying-bayang kayu adalah lebih panjang daripada sebenar objek dan menghala ke barat.
b)Apabila Matahari naik semakin tinggi di langit, bayang-bayang menjadi semakin pendek.
c)Pada waktui tengah hari, bayang-bayang objek adalah paling pendek.
d)Apabila matahari semakin turun ke kaki langit, baying-bayang menjadi panjang semula.
e)Pada waktu petang, baying-bayang adalah panjang dan mengahala ke timur.

5. Perubahan panjang dan kedudukan baying-bayang dari barat ke timur menunjukkan Bumi berputar dari barat ke timur.

Buruj

Panduan Bacaan
  • Apakah itu buruj?
  • Apakah kegunaan buruj?
  • Bagaimanakah kamu mengenal setiap buruj?

1. Buruj ialah sekumpulan bintang yang muncul di langit ……. membentuk corak tertentu.

2. Buruj dinamai berdasarkan corak-coraknya.

3. Terdapat pelbagai jenis buruj. Mari kita kaji buruj-buruj berikut:




a)Buruj Belantik menggambarkan corak seorang pemburu













b)Buruj Scorpio menggambarkan corak seekor kala jengking













c)Buruj Biduk menggambarkan corak sebatang senduk.











d)Buruj Pari menggambarkan corak sebuah …. Laying-layang











e)Buruj Ursa Major menggambarkan corak seekor beruang besar.












f)Buruj Leo menggambarkan corak seekor singa.














4. Buruj Belantik, buruj Biduk dan buruj Pari merupakan …..dapat dilihat pada sepanjang tahun.

5. Terdapat juga sesetengah buruj yang dapat dilihat………..tertentu sahaja dalam setahun atau sepanjang musim……..

6. Zodiak adalah contoh buruj tersebut.

7. Zodiak terdiri daripada 12 buruj iaitu Capricon,…….,Pieces, Aries, Taurus, cancer, Leo, Virgo, ………dan Sagittarius.

Kepentingan Buruj

1. Pada Zaman dahulu, ahli pelayaran dan………….menggunakan buruj untuk menentukan arah.

2. Buruj digunakan kerana buruj sentiasa menunjuk ke arah….tepat.

3. Buruj yang sering digunakan adalah buruj Ursa……Belantik dan buruj Pari.
a)Buruj Belantik sentiasa menunjukkan ke arah utara.
b)Buruj Biduk sentiasa menunjukkan ke arah ………..
c)Buruj Pari sentiasa menunjukkan kea rah selatan.

4. Buruj digunakan oleh ahli astronomi untuk…………..bintang lain.

5. Buruj juga boleh digunakan sebagai kalender………..memerhatikan kedudukannya.

6. Kadangkala manusia menggunakan buruj untuk………….waktu bagi menjalankan aktiviti tertentu seperti…………..manuai.

Friday 2 November 2012

Kedudukan Planet Bumi yang Tepat dalam Sistem Suria

Panduan Bacaan
  • Mengapakah sesetengah planet tidak sesuai untuk hidupan?
  • Apakah yang akan berlaku jika Bumi terletak lebih hamper atau leboih jauh dari Matahari?
  • Adakah Bumi satu-satunya planet dalam Sistem Suria yang mempunyai hidupan?
 
1. Matahari ialah satu-satunya objek dalam Sistem Suria yang mengeluarkan cahaya dan haba.

2. Sembilan planet berada pada jarak berbeza daripada Matahari.

3. Secara amnya, planet yang lebih hampir dengan Matahari adalah lebih panas berbanding planet-planet yang lebih jauh.

4. Utarid, Zuhrah, Bumi dam marikh adalah empat planet yang paling hampir dengan Matahari.

5. Planet-planet ini dikenali sebagai planet dalam atau planet berbatuan.
     a) Utarid paling hampir dengan Matahari. Planet ini adalah sangat panas.
     b)Zuhrah mempunyai lapisan atmosfera tebal yang memerangkap haba daripada Matahari.
        Ini menjadikannya planet yang paling panas dalam Sistem Suria.
     c)Bumi ialah planet yang ketiga daripada Matahari. Bumi tidak terlalu panas atau terlalu sejuk.
     d)Marikh adalah terlalu sejuk. Hampir kesemua air di planet itu membeku.

6. Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto dikenal sebagai planet luar atau planet raksasa gas.
     a)Planet-planet ini kebanyakkannya terdiri daripada gas.
     b)Planet-planet ini menerima sedikit cahaya dan haba daripada Matahari.
     c) Keadaan ini menjadikan planet-planet ini terlalu sejuk untuk hidupan.

7. Daripada Sembilan planet, kedudukan Bumi adalah yang paling sesuai untuk hidupan. Ini kerana:
     a)Bumi menerima cahaya dan haba yang cukup daripada Matahari.
     b)Keadaan di Bumi adalah tidak terlalu panas dan terlalu sejuk.
     c)Atmosfera Bumi mempunyai udara yang mencukupi untuk semua hidupan bernafas.
     d)Terdapat juga air yang banyak di Bumi.

8. Ini membuatkan Bumi amat sesuai untuk hidupan.

9. Planet-planet lain adalah sama ada terlalu panas atau terlalu sejuk.

10. Planet-planet lain juga tidak mempunyai atmosfera yang sesuai dan air yang mencukupi untuk semua hidupan.

11. Ini membuatkan planet-planet lain tidak sesuai untuk hidupan.

12. Sekiranya kedudukan Bumi lebih dekat dengan Matahari, bumi menjadi menjadi lebih panas. Dengan itu, semua hidupan akan mati.

13. Sekiranya kedudukan Bumi menjadi lebih jauh dari Matahari, Bumoi akan menjadi lebih sejuk dan tidak lagi sesuai untuk dihuni oleh hidupan.

14. Kita sepatutnya menghargai kedudukan Bumi yang tepat dalam Sistem Suria yang membuatkan sesuai untuk hidupan.

15. Kita tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh merosakkan Bumi.

saiz dan Jarak antara Bumi, Bulan dan Matahari


Panduan Bacaan.
  • Apakah saiz Matahari berbanding saiz Bumi?
  • Apakah saiz Bumi berbanding saiz Bulan?
  • Apakah jarak antara Bumi dan Matahari berbanding jarak antara Bumi dengan Bulan?

Saiz Matahari, Bumi dan Bulan

1. Matahari lebih besar daripada Bumi dan Bulan.

2. Diameter Matahari lebih kurang 1400000 kilometer.

3. Diameter Bumi lebih kurang 12756 kilometer.

4. Diameter Bulan lebih kurang 3480 kilometer.

5. Kita boleh membandingkan saiz Matahari, Bumi dan Bulan dengan menggunakan bola keranjang, guli dan biji sagu.
     a) Bola keranjang mewakili Matahari.
     b) Guli mewakili Bumi.
     c) Biji sagu mewakili Bulan.

6. Daripada perbandingan tersebut, boleh disimpulkan bahawa:
    a) saiz Matahari ialah lebih kurang 400 kali ganda saiz Bulan.
    b) saiz Matahari ialah lebih kurang 100 kali ganda saiz Bumi.
    c) saiz Bumi ialah lebih kurang 4 kali ganda saiz Bulan.

 7. Oleh itu, nisbah saiz antara Matahari, Bumi dan Bulan ialah:



Jarak antara Bumi dengan Matahari dan Jarak antara Bumi dengan Bulan


1. Matahari berada sangat jauh daripada Bumi.

2. Jarak antara Bumi dengan Matahari ialah lebih kurang 150000000 kilometer.

3. Jarak antara Bumi dengan Bulan adalah lebih dekat, iaitu lebih kurang 384000 kilometer.

4. Daripada perbandingan ini, boleh disimpulkan bahawa jarak antara Bumi dengan Matahari ialah 400 kali ganda jarak antara Bumi dengan Bulan.

5. Oleh itu, nisbah jarak antara Bumi dengan Matahari berbanding jarak antara Bumi dengan Bulan ialah:

                      Jarak antara Bumi dengan Matahari      Jarak antara Bumi dengan Bulan
                                                     400                             :                               1

6. Matahari kelihatan lebih kecil kerana Matahari berada sangat jauh dari Bumi.

7. Bulan kelihatan lebih besar berbanding Matahari kerana Bulan lebih hampir dengan Bumi.


Thursday 1 November 2012

Sistem Suria.


Panduan Bacaan.
  • Apakah jasad-jasad dalam Sistem Suria?
  • Apakah planet-planet yang terdapat dalam Sistem Suria?
  • Adakah planet-planet beredar mengelilingi Matahari?

1- Jasad-jasad dalam Sistem Suria ialah:

     a) Matahari
     b) Planet-planet
     c) Satelit-satelit semula jadi
     d) Astreroid
     e) Meteoroid
     f) Komet


Matahari

1. Matahari ialah pusat Sistem Suria.

2. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

3. Matahari ialah satu-satunya bintang dalam Sistem Suria.

4. Matahari mengeluarkan cahaya dan haba kepada planet-planet dan jasad-jasad lain dalam Sistem Suria.

5. Matahari juga ialah jasad terbesar dalam Sistem Suria.


Planet

1. Terdapat Sembilan planet dalam Sistem Suria.

2. Planet-planet itu ialah:

     a) Utarid
     b) Zuhrah
     c) Bumi
     d) Marikh
     e) Musytari
     f) Zuhal
     g) Uranus
     h) Neptun
     i) Pluto

3. Rajah dibawah menunjukkan kedudukan planet-planet daripada Matahari.

 

4. Maklumat tentang planet-planet adalah seperti berikut.








Utarid ialah planet yang paling hampir dengan Matahari. Suhunya tersangat panas dan tidak sesuai untuk hidupan.














Zuhrah ialah planet yang terhampir dengan Bumi. Ia juga merupakan planet yang terpanas dalam Sistem Suria.















Bumi ialah satu-satunya planet yang mempunyai hidupan. Bumi mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai untuk hidupan.
 





Marikh dikenali sebagai planet merah kerana permukaannya diliputi debu merah. Hampir kesemua air adalah beku.









Musytari ialah planet terbesar dalam Sistem Suria.








Zuhal ialah planet kedua terbesar dalam Sistem Suria mempunyai gelang-gelang yang terang di sekelilingnya.









Uranus ialah planet berwarna biru kehijauan, berbeza daripada planet lain, ia berputar pada sisinya semasa mengeliling matahari.








Neptun diliputi lautan biru cecair metana. Neptun ialah planet biru.









Pluto ialah planet yang paling jauh dari matahari. pluto juga adalah planet yang terkecil dan paling sejuk dalam Sistem Suria.












5. Semua planet dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

6. Planet-planet beredar mengikut lintasan tetap yang disebut orbiit.

7. Orbit-orbit planet berbentuk elips(bujur).

8. Setiap planet mempunyai saiz orbit yang berbeza.
     a) Planet yang hampir dengan Matahari mempunyai orbit yang lebih kecil.
     b) Planet-planet yang lebih jauh daripada Matahari mempunyai orbit yang lebih besar.



Meteoroid

1. Meteoroid ialah ketulan batu atau logam yang terapung dan beredar di angkasa lepas.

2. Terdapat berjuta-juta meteoroid dalam Sistem Suria. Kebanyakan meteoroid adalah kecil.

3. Kadang kala, meteoroid mungkin memasuki ruang atmosfera Bumi. Apabila ini berlaku, meteoroid akan menjadi panas dan terbakar. ini dikenali sebagai meteor.

4. Meteor kelihatan seperti coretan cahaya melintasi langit pada waktu malam.

5. Meteor juga dikenal sebagai tahi bintang.

6. Kebanyakan meteor terbakar sebelum terhempas di permukaan Bumi.

7. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumi disebut sebagai meteorit.

8. Lubang atau kawah akan terbentuk di permukaan Bumi di tempat meteorit terhempas.

9. Lebih besar meteorit itu maka lebih besar kawah yang terbentuk.








Meteoroid




Meteor








Kawah Meteorit
 
 
 
Komet
 
1. Komet ialah ketulan ais, gas beku dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.
 
2. Komet tidak mengeluarkan cahaya. Namun, komet akan bersinar dan membentuk ekor yang panjang apabila berada berdekatan Matahari.
 
3. Ukuran ekor komet boleh mencapai sehingga berjuta kilometer panjangnya.
 
4. Contoh komet ialah komet Halley.
 
5. Komet Halley boleh dilihat di Bumi setiap 76 tahun.




 
 

Monday 29 October 2012

Gerhana Matahari




Gerhana Matahari
Panduan Gerhana Matahari?
Mengapakah gerhana Matahari berlaku?
Di Manakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa gerhana Matahari?
 

1. Gerhana Matahari berlaku apabila:
a)Bulan berada di antara Matahari dan Bumi,
b)Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu garis lurus

2. Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi.
3. Bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi.

4. Semasa gerhana Matahari, kita dapat melihat sebahagian daripada Matahari ditutupi oleh Bulan.
5. Keadaan Matahari semasa gerhana Matahari ditunjukkan dalam rajah berikut:


6. Berdasarkan Rajah berikut:
a) Q dan S menunjukkan gerhana separa.
b) R menunjukkan gerhana Matahari penuh

7.Gerhana Matahari hanya boleh diperhatikan pada waktu siang.
8. Semasa gerhana Matahari penuh, waktu siang berubah menjadi gelap seketika. Dari Bumi, kita dapat melihat lingkaran cahayadi sekililing Bulan. Ini adalah sebahagian daripada Matahari yang tidak ditutupi oleh Bulan.

9. Kita tidak boleh melihat Matahari semasa gerhana Matahari secara terus kerana sinaran Matahari yang terik boleh merosakkan mata kita.