Tuesday 6 November 2012

Fasa Bulan

Panduan Bacaan
  • Mengapakah Bulan kelihatan terang?
  • Dari manakah datangnya cahaya Bulan?
  • Mengapakah Bulan kelihatan berbeza-beza daripada sehari ke sehari?

Cahaya Bulan

1. Apabila kita melihat Bulan dari Bumi, kita dapat melihat cahaya yang dikeluarkan oleh Bulan adalah sangat terang.

2. Sebenarnya, Bulan tidak memancarkan cahaya.

3. Kita dapat melihat Bulan kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari yang menyinari ke Bumi.

4. Bulan kelihatan bercahaya di langit pada waktu malam. Pada waktu siang, Bulan tidak dapat dilihat kerana cahaya Matahari terlalu terang.

 
Fasa Bulan

1. Bentuk Bulan yang dilihat di langit berubah-ubah daripada semasa ke semasa.

2. Perubahan bentuk Bulan ini berlaku kerana luas permukaan Bulan yang memantulkan cahaya Matahari ke Bumi berubah semasa Bulan beredar mengelilingi Bumi.

3. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai fasa Bulan.

4. Fasa Bulan terdiri daripada
a)anak bulan
b)bulan sabit
c)bulan separa
d)bulan purnama

5. Fasa anak bulan berlaku apabila permukaan Bulan yang tidak disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan tidak dapat dilihat dari Bumi.

6. ketika fasa bulan sabit, hanya sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari cahaya Matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti bulan sabit apabila dilihat dari Bumi.

7. Ketika fasa bulan separa, separuh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan seperti separuh bulatan.

8. Ketika fasa bulan purnama, seluruh permukaan Bulan yang disinari cahaya matahari menghadap Bumi. Bulan kelihatan bulat..

9. Selepas melengkapkan fasa yang pertama, bulan beralih ke fasa bulan separa, bulan sabit lama dan fasa anak bulan baru.

10. Urutan fasa-fasa bulan ini akan berulang secara seragam.

11. Tempoh masa daripada satu fasa ke fasa Bulan yang sama ialah 292 hari.

 
Takwim Qamari

1. Takwim Qamari ialah calendar yang dibuat berdasarkan peredaran Bulan mengelilingi Bumi mengikut fasa-fasa Bulan.

2. Berdasarkan takwim Qamari:
a)anak bulan dapat dilihat pada hari pertama dalam takwim Qamari.
b)bulan sabit dapat dilihat pada hari ke-3 dalam takwim Qamari.
c)bulan separa dapat dilihat pada hari ke-7 dalam takwim Qamari.
d)bulan purnama dapat dilihat pada hari ke-15 dalam takwim Qamari.



 

Kejadian Siang dan Malam

Panduan Bacaan
  • Bagaimanakah kejadian siang dan malam berlaku di Bumi?
  • Adakah tempat yang berbeza di Bumi mempunyai masa yang berbeza?

1. Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.

2. Disebabkan bentuk Bumi yang sfera, hanya sebahagian daripada permukaan Bumi akan menerima cahaya matahari pada satu-satu masa.

3. Bahagian Bumi yang mengahadap Matahari akan menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu siang.

4. Bahagian Bumi yang terlindung pula tidak menerima cahaya matahari. Bahagian ini mengalami waktu malam.

5. Oleh kerana Bumi berputar, maka:
a)bahagian Bumi yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam
b)dan bahagian Bumi yang mengalami malam pula akan beransur-ansur menjadi siang.   

6. Tempoh antara siang dengan malam di kawasan khatulistiwa adalah lebih kurang 12 jam.

7. Simulasi berikut dijalankan untuk menunjukkan kejadian siang dan malam dengan jelas.
a)Cahaya lampu suluh menyinari sebuah glob seperti ditunjukkan dia atas.
b)Glob diputarkan perlahan-lahan dari barat ke timur(arah lawan jam). Bahagian gelap dan cerah pada glob diperhatikan.
c)Bahagian glob yang mengahadap lampu suluh kelihatan cerah. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu siang.
d)Bahagian glob yang terlindung daripada cahaya lampu suluh kelihatan gelap. Bahagian ini mewakili permukaan Bumi yang mengalami waktu malam.