Monday 29 October 2012

Gerhana Matahari




Gerhana Matahari
Panduan Gerhana Matahari?
Mengapakah gerhana Matahari berlaku?
Di Manakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa gerhana Matahari?
 

1. Gerhana Matahari berlaku apabila:
a)Bulan berada di antara Matahari dan Bumi,
b)Bumi, Bulan dan Matahari berada dalam satu garis lurus

2. Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi.
3. Bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi.

4. Semasa gerhana Matahari, kita dapat melihat sebahagian daripada Matahari ditutupi oleh Bulan.
5. Keadaan Matahari semasa gerhana Matahari ditunjukkan dalam rajah berikut:


6. Berdasarkan Rajah berikut:
a) Q dan S menunjukkan gerhana separa.
b) R menunjukkan gerhana Matahari penuh

7.Gerhana Matahari hanya boleh diperhatikan pada waktu siang.
8. Semasa gerhana Matahari penuh, waktu siang berubah menjadi gelap seketika. Dari Bumi, kita dapat melihat lingkaran cahayadi sekililing Bulan. Ini adalah sebahagian daripada Matahari yang tidak ditutupi oleh Bulan.

9. Kita tidak boleh melihat Matahari semasa gerhana Matahari secara terus kerana sinaran Matahari yang terik boleh merosakkan mata kita.


 
 
 

Sunday 21 October 2012

Gerhana Bulan

Nota Pelajaran.
 
 
Panduan Bacaan.
  • Apakah gerhana Bulan?
  • Mengapakah gerhana Bulan berlaku?
  • Di Manakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari semasa gerhana Bulan?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  1. Bulan beredar mengelilingi Bumi dan Bumi mengelilingi Matahari.
  2. Pada masa tertentu, Bumi, Bulan dan Matahari tersusun dalam satu garis lurus.
  3. Apabila cahaya Matahari dihalang oleh Bumi atau Bulan, bayang-bayang akan terbentuk.
  4. Dengan itu, terjadilah gerhana.
  5. Gerhana berlaku disebabkan sifat-sifat cahaya yang berikut
    • Cahaya bergerak dalam garis lurus.
    • Cahaya tidak dapat menembusi objek legap

  1. Terdapat dua jenis gerhana:
    • gerhana Bulan
    • gerhana Matahari

  1. Jenis gerhana yang berlaku bergantung pada kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari.
  2. Gerhana Bulan berlaku apabila:
    1. Bumi berada di antara Matahari dan Bulan,
    2. Bumi, Bulan Matahari berada dalam satu garis lurus.
  3. Kedudukan Bumi mengahalang cahaya matahari daripada sampai ke Bulan.
  4. Bayang-bayang Bumi terbentuk di permukaan Bulan menyebabkan berlakunya gerhana Bulan.
  5. Gerhana Bulan mengambil masa lebih dari sejam.
  6. Fenomena ini boleh diperhatikan dengan mata kasar hanya pada waktu malam.
  7. Gerhana Bulan hanya boleh berlaku semasa fasa Bulan Purnama, iaitu pada hari ke-15
  8. Semasa gerhana Bulan penuh, Bulan purnama yang kelihatan di langit akan beransur-ansur hilang. Keadaan menjadi gelap gelita buat seketika. Kemudian, langit malam beransur-ansur menjadi cerah semula.
  9. Urutan keadaan Bulan di langit semasa gerhana Bulan penuh adalah seperti berikut:

    Terdapat dua jenis gerhana Bulan.
    1. Gerhana penuh berlaku apabila seluruh Bulan berada dalam bayang-bayang. Rdalam rajah diatas menunjukkan gerhana penuh.
    2. Gerhana separa muncul apabila sebahagian daripada Bulan berada dalam baying-bayang. Sebahagian daripada Bulan menjadi gelap gelita. Q dan S dalam rajah diatas menunjukkan gerhana separa.





Pengenalan


 
 
As'salamualaikum, dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pengunjung blog ini, mudah-mudahan pengunjung blog ini dipermudahkan urusan hariannya, insya'Allah.

Hidup ini umpama bulan, dari anak bulan hingga purnama seperti usia kita dari kecil hingga dewasa. Dan apabila bulan dari punama ke anak bulan begitu juga manusia apabila mencapai usia dewasa maka akan ke usia tua pula.

Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membantu murid-murid yang akan mengambil peperiksaan UPSR, insya'Allah blog ini akan disertakan pembelajaran adik-adik dari darjah empat hingga darjah enam mengikut topik.

Dengan harapan, semoga dengan adanya blog ini, bolehlah sedikit sebanyak menjadi sumber rujukan adik-adik buat masa cuti akan datang.

Berikut akan dilampirkan didalam blog ini antaranya:-

1-Nota Pembelajaran
2-Soalan Latihan Pembelajaran
3-Aktiviti Dalam Kelas

Insya'Allah, semoga mendapat manfaat darinya...

Terima kasih atas kunjungan ke blog ini.